Saya tidak mempunyai produk atau perkhidmatan untuk dijual, adakah workshop ini dapat membantu saya? Adakah workshop ini akan memberi produk kepada saya untuk dijualkan semula?

Workshop ini adalah workshop pendidikan. Anda akan mendapat maklumat cara memulakan dan menjalankan perniagaan di Internet.

Workshop ini juga akan membincangan produk atau perkhidmatan yang boleh di jual di Internet dan berkaitan dengan industri anda. Akan terdapat latihan serta contoh-contoh online dalam memberi idea kepada anda tentang apa yang anda boleh niagakan di Internet yang berkaitan dengan industri anda.

Di akhir workshop ini, anda tidak diberikan produk untuk anda jual semula oleh kerana workshop ini menyarankan untuk anda menjual sesuatu yang berkaitan dengan industri anda dan minat anda. Terdapat banyak kegagalan dalam perniagaan oleh kerana menjual barangan yang tiada kaitan dengan industri dan minat seseorang, oleh itu, workshop ini membantu dalam menunjukkan apakah yang harus anda jual.


Adakah jawapan ini dapat membantu anda?




 

HakCipta terpelihara 2010 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. TERMS & CONDITIONS PERNIAGAAN INTERNET