Saya tidak mahir berbahasa Inggeris. Adakah workshop ini sesuai untuk saya?

Anda tidak perlu mahir dalam bahasa Inggeris, namun jikalau anda sekadar tahu dan memahami bahasa Inggeris, sudah memadai untuk memulakan perniagaan di Internet. Ini adalah kerana perniagaan anda tidak semestinya untuk pasaran antarabangsa. Perniagaan Internet juga boleh dijalankan untuk pasaran Malaysia sahaja dan bahasa Melayu boleh digunakan. Pasaran Internet di Malaysia adalah amat luas dengan jumlah pengguna Internet menghampiri 18 juta pengguna di seluruh Malaysia dan kian meningkat.

Tambahan pula, jika diambil kira rakyat Singapura, Brunei dan Indonesia yang memahami Bahasa Malaysia, jumlah tersebut adalah melebihi 40 juta.

Namunbegitu, jikalau anda mahir berbahasa Inggeris, anda dapat mencapai pelanggan sedunia yang lebih besar bilangannya.

 


Adakah jawapan ini dapat membantu anda?




 

HakCipta terpelihara © 2010 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. TERMS & CONDITIONS PERNIAGAAN INTERNET