|
Mengapa
jual produk informasi di Internet?
Produk
terhangat di pasaran.
Pengguna Internet paling ramai menggunakan internet untuk
mencari informasi. Ini bererti, permintaan untuk informasi
di Internet adalah amat tinggi. Oleh itu, menjual informasi
di Internet adalah menjual sesuatu yang sedia berpermintaan
tinggi (terhangat di pasaran)
Ebook
tidak mempunyai kos (per unit).
Ia hanyalah file digital sahaja. Ertinya, kalau anda jual
ebook anda pada harga RM10, maknanya, RM10 lah untung anda.
Kalau jual pada harga RM20, maka RM20 lah untung anda. Kalau
jual pada RM50, maknanya, RM50 lah untung anda untuk setiap
belian. 100% keuntungan pergi kepada anda.
Kos
pengendalian yang rendah
Memulakan perniagaan Internet menjual ebook dari rumah tentunya
kos pengendalian adalah rendah. Mempunyai PC & Internet
pun, sudah boleh menjalankan perniagaan. Apabila mengendalikan
perniagaan terus dari rumah, kos perniagaan adalah amat
rendah- tidak perlu mempunyai kedai yang memakan kos sewa,
bil elektrik yang tinggi, bil air, pengangkutan tambahan,
dan sebagainya
Tidak
perlu menyimpan stok
Menjual produk nyata di Internet memerlukan anda menyimpan
stok. Contoh, sekiranya anda hendak menjual buku di Internet,
pastinya anda perlu menyimpan stok-stok buku. Tetapi, dengan
menjual ebook, anda tidak perlu menyimpan stok, oleh kerana
ia hanyalah file digital kecil yang tersimpan di komputer
anda.
Cepat
untuk disiapkan
Dengan komitmen dan usaha, ia boleh mengambil masa satu
bulan (atau kurang) untuk menyiapkan satu ebook. Apabila
sudah siap, anda mempunyai produk informasi yang akan memberi
anda pulangan sampai bila-bila sahaja selagi ianya di pasarkan.
Cepat
untuk dipasarkan
Untuk memasarkan ebook, jangkamasa yang di ambil adalah
cepat. Maksudnya, apabila siap sahaja menghasilaknnya, ebook
tersebut boleh terus pasarkan.
Berbeza
dengan buku tradisional, selepas menulis, penulis perlu
mencari penerbit. Penerbit pula akan memproseskan buku tersebut
dan mendapatkan pengedar. Pengedar akan mengedarnya ke kedai.
Sering kali mengambil masa yang lama berbulan-bulan untuk
buku sampai pasaran.
Memudahkan
pembeli
Menjual ebook melalui Internet memudahkan pengguna/pembeli
oleh ekrana mereka tidak perlu bersusah payah pergi ke kedai
buku untuk mencari informasi. Dari keselesaan rumah sahaja,
pengguna dapat melayari laman web anda dan membeli informasi
yang di cari.
Tak
perlu takut kehabisan stok
Ebook adalah berformat digital. Anda tidak perlu takut keadaan
kehabisan stok. Sekiranya anda menjual produk, dan produk
tersebut kehabisan stok, sudah pasti perniagaan anda juga
akan terganggu. Menjual informasi dalam format ebook, tidak
akan ada kehabisan stok- maka, perniagaan boleh dijalankan
tanpa sebarang gangguan stok sampai bila-bila.
Tiada
pesaing yang tepat
Sekiranya anda mencipta produk informasi, produk itu adalah
ciptaan milik anda dan tidak mempunyai pesaing. Anda menjual
produk informasi yang unik tanpa pesaing. Sekiranya anda
menjual produk seperti handphone, ipod, buku atau sebagainya
yang sedia ada di pasaran, pastinya, produk-produk tersebut
mempunyai pesaing usahawan yang lain. Orang lain pun boleh
jual juga produk fizikal yang sedia ada!
Menarik
minat kumpulan pengguna
Sekiranya anda menjual informasi mengenai bercucuk tanam,
peminat cucuk tanam akan membeli daripada anda sebagai koleksi
simpanan maklumat cucuk tanam mereka. Bukan bermaksud, sekiranya
mereka sudah memiliki buku cucuk tanam penulis lain, mereka
tidak akan membeli buku cucuk tanam sudah. Produk informasi
(ebook atau buku) adalah complementary product.
Walaupun
topik atau subjek yang sama, kumpulan pengguna akan masih
membeli. Contoh, adakah seseorang itu memiliki buku Robert
Kiyosaki Rich Dad Poor Dad sahaja, atau mereka
masih lagi membeli buku-buku kewangan lain termasuk daripada
Azizi Ali, Donald Trump, Chef Li dan sebagainya?
Terlalu
banyak topik ebook yang belum ditulis- terutamanya pasaran
Malaysia!
Masih terlalu banyak ruang untuk ebook di Internet, terutamanya
untuk pasaran Malaysia. Ebook mengenai cara bermain golf
belum ada, ebook mengenai cara main sepak takraw belum ada,
ebook mengenai mempertahankan diri dengan silat belum ada,
ebook mengenai bagaimana wanita boleh belajar skill-skill
asas mempertahankan diri pun tiada lagi. Ebook mengenai
mencantikkan rumah mengikut citarasa Malaysia pun belum
ada. Ebook mengajar graduan bagaimana hendak menghadapi
temuduga kerja pun tiada di pasaran
dan senarainya
berterusan!
Terlalu
banyak ebook (berbahasa Malaysia) yang masih belum ditulis.
Dan sekiranya anda pertama di fikiran, anda akan jadi
pioneer dan ramai akan ingat perniagaan informasi anda!
Boleh
menjalankan perniagaan di mana sahaja
Menjalankan perniagaan menjual produk, anda tidak boleh
menjalankannya di mana sahaja (melainkan mempunyai pekerja
untuk uruskan penghantaran). Tetapi, menjual informasi dalam
format ebook, anda boleh menjalankan perniagaan dari mana
sahaja.
Dengan
membawa laptop, balik kampung raya atau bercuti di luar
negara, perniagaan boleh terus dijalankan pada bila-bila
masa sahaja dan di mana sahaja kerana stok anda adalah file
digital.
100%
anda kawalkan
Tiada perlu bergantung pada sesiapa, kerana perniagaan 100%
milik anda. Sekiranya menjual produk, kita perlu bergantung
pada pengeluar, pemborong, penghantaran, dan sebagainya.
Pada bila-bila masa sahaja, boleh berlaku kesilapan dan
menganggu perniagaan. Menjual informasi berformat ebook,
100% di dalam kawalan anda.
Residual income/passive income (pendapatan berterusan)
Residual income yang bermaksud buat kerja sekali,
pendapatan datang berkali-kali. Apabila kita menulis satu
ebook, mungkin mengambil masa 1 bulan, tetapi, kita boleh
menjana pendapatan darinya untuk bertahun-tahun akan datang!
Terlalu
banyak idea = Multiple source of income (aliran pendapatan
berganda)
Terlalu banyak idea-idea ebook boleh ditulis. Ini bererti,
simpanan produk kita untuk masa hadapan sudah sedia ada.
Tinggal tunggu masa untuk menciptakan sahaja. Ini juga memberi
multiple source of income!
|