"Cara mencipta Produk Informasi yang Terhangat di Pasaran dalam masa 30 hari!"*


Pelajari kaedah mencipta ebook yang berpermintaan tinggi di Internet. Jana pendapatan yang berterusan dengan produk informasi anda sendiri!



J.W. Marriott, KL
Sabtu 31hb Januari 2009
9.00am - 1.00pm



Saksikan perbincangan mengenai menjual produk informasi di Internet.
Irfan Khairi, Wanita & Wang, Astro Awani

Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi kini mempersembahkan siri workshop *mini* terbaru "Terhangat di Pasaran". Dalam workshop ini, peserta akan didedahkan teknik dan strategi bagaimana menghasilkan sebuah produk informasi untuk dijual semula di Internet. Sering kali, produk ini dikenali sebagai e-book.

Irfan Khairi merupakan penulis buku terlaris kepada 3 buah buku perniagaan Internet dan kejayaan termasuk:

  • Rahsia Jutawan- Jutawan Internet Terbongkar
  • Secrets of Internet Millionaires Revealed
  • Nota Jutawan; Nota Motivasi

Beliau juga telah menghasilkan 4 buah ebook yang laris untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa

  • Malaysia Tips!: 101 Insider Visiting Tips to Malaysia
  • Langkah 1-2-3 Membina Laman Web Perniagaan Internet
  • 101 Cara Promosi
  • Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi

Pengalamannya dalam menghasilkan buku tradisional dan juga ebook terlaris di pasaran membuatkan beliau seorang yang arif dalam bidang penghasilan bahan informasi. Di tambah pula dengan kredibiliti Irfan Khairi sebagai pakar perniagaan Internet, Irfan bukan sahaja mendedahkan teknik menghasilkan bahan informasi (ebook) yang terhangat di pasaran, tetapi juga, akan mendedahkan cara terbaik menjual produk informasi tersebut di Internet untuk mendapat keuntungan yang maksima!

Sertai Workshop *mini* terhangat di pasaran dan ketahui rahsia-rahsia mencipta pendapatan yang berulang dan berterusan melalui menjual ebook di Internet!

Ingin memulakan perniagaan Internet tetapi tidak tahu nak jual apa?

Produk informasi adalah produk paling laris di Internet! Ciptakan produk informasi yang berkaitan dengan bidang anda dan perolehi pendapatan yang berterusan dari hasil jualannya di Internet. Workshop mini in iakan menunjukkan cara bagaimana anda boleh mencipta sebuah produk informasi.

Anda minat menulis?

Sertai Workshop Terhangat di Pasaran dan ketahui cara terbaik untuk menjual bahan tulisan anda terus kepada pembeli. Melalui cara tradisional (melalui penerbit), penulis hanya akan menerima 10% royalty. Dengan menjual produk informasi secara digital, penulis memperolehi 100% pulangan!

Anda mempunyai bahan informasi lama terkumpul?

Pelajari cara untuk pakejkan bahan-bahan informasi anda kepada bentuk yang boleh dijual! Workshop Terhangat di Pasaran akan menunjukkan caranya.

Anda seorang penulis?

Mengapa tidak jual karya anda online melalui ebook? Irfan Khairi sebagai penulis buku terlaris "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar" memperolehi royalti RM30,000 dalam masa setahun. Tetapi, melalui ebooknya "Mentor Jutawan", jumlah pendapatannya adalah RM30,000 sebulan! Menjual ebook terus kepada pembeli adalah jauh lebih menguntungkan berbanding dengan menerima bayaran royalti dari penerbit sekiranya dilakukan dengan betul!


Sebahagian ekstrak Utusan Malaysia memaparkan ebook terbaru Irfan Khairi, Mentor Jutawan

Penulis dan pengusaha bisnes internet, Irfan Khairi pernah mengejutkan masyarakat tempatan dengan bukunya Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar terbitan TrueWealth pada tahun 2006. Irfan kembali sekali lagi membawa sebuah karya terbaru kepada masyarakat tempatan.

Berbeza kali ini, Irfan membawa produk buku elektronik sebagai kesinambungan siri-siri buku beliau sebelum ini.

Berbanding kedai buku tradisional yang mempunyai rangkaian, laman web menjadi akses kepada e-buku ini, E-buku Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi membawa dimensi baru kepada khalayak pembaca.

Ia mengetengahkan bicarawara Irfan bersama tujuh orang ikon yang dilabel sebagai ikon jutawan. Formula sukses dan kebebasan kewangan serta pengalaman jatuh bangun kelapan-lapan ikon ini menjadikan e-buku ini mendifinisi dalam acuan tempatan. Ia dilihat sebagai autobiografi ikon-ikon yang berjaya dalam bidang yang diceburi.

E-buku tempatan mempunyai pasaran luas di kalangan pengguna internet Negara yang bertambah dari tahun ke tahun.

Angka pada tahun 2005 memperlihatkan sejumlah 10,040,000 orang pengguna tempatan melayarinya sehingga Disember 2005. Berdasarkan jumlah pengguna yang direkodkan pada tahun 2005, ia mewakili 38 peratus jumlah penduduk Negara. Sehingga tahun 2007, jumlahnya sebanyak 11,016,000 orang.

Laporan Internet World Stats menyebut berlakunya pertambahan 200 peratus pengguna internet tempatan.
Rekod menunjukkan dua pertiga daripada sepuluh juta pengguna tempatan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan.

Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi dianggap memenuhi siri karya tempatan yang diglobalkan melalui teknologi.


Mengapa jual produk informasi di Internet?

Produk terhangat di pasaran.
Pengguna Internet paling ramai menggunakan internet untuk mencari informasi. Ini bererti, permintaan untuk informasi di Internet adalah amat tinggi. Oleh itu, menjual informasi di Internet adalah menjual sesuatu yang sedia berpermintaan tinggi (terhangat di pasaran)

Ebook tidak mempunyai kos (per unit).
Ia hanyalah file digital sahaja. Ertinya, kalau anda jual ebook anda pada harga RM10, maknanya, RM10 lah untung anda. Kalau jual pada harga RM20, maka RM20 lah untung anda. Kalau jual pada RM50, maknanya, RM50 lah untung anda untuk setiap belian. 100% keuntungan pergi kepada anda.

Kos pengendalian yang rendah
Memulakan perniagaan Internet menjual ebook dari rumah tentunya kos pengendalian adalah rendah. Mempunyai PC & Internet pun, sudah boleh menjalankan perniagaan. Apabila mengendalikan perniagaan terus dari rumah, kos perniagaan adalah amat rendah- tidak perlu mempunyai kedai yang memakan kos sewa, bil elektrik yang tinggi, bil air, pengangkutan tambahan, dan sebagainya…

Tidak perlu menyimpan stok
Menjual produk nyata di Internet memerlukan anda menyimpan stok. Contoh, sekiranya anda hendak menjual buku di Internet, pastinya anda perlu menyimpan stok-stok buku. Tetapi, dengan menjual ebook, anda tidak perlu menyimpan stok, oleh kerana ia hanyalah file digital kecil yang tersimpan di komputer anda.

Cepat untuk disiapkan
Dengan komitmen dan usaha, ia boleh mengambil masa satu bulan (atau kurang) untuk menyiapkan satu ebook. Apabila sudah siap, anda mempunyai produk informasi yang akan memberi anda pulangan sampai bila-bila sahaja selagi ianya di pasarkan.

Cepat untuk dipasarkan
Untuk memasarkan ebook, jangkamasa yang di ambil adalah cepat. Maksudnya, apabila siap sahaja menghasilaknnya, ebook tersebut boleh terus pasarkan.

Berbeza dengan buku tradisional, selepas menulis, penulis perlu mencari penerbit. Penerbit pula akan memproseskan buku tersebut dan mendapatkan pengedar. Pengedar akan mengedarnya ke kedai. Sering kali mengambil masa yang lama berbulan-bulan untuk buku sampai pasaran.

Memudahkan pembeli
Menjual ebook melalui Internet memudahkan pengguna/pembeli oleh ekrana mereka tidak perlu bersusah payah pergi ke kedai buku untuk mencari informasi. Dari keselesaan rumah sahaja, pengguna dapat melayari laman web anda dan membeli informasi yang di cari.

Tak perlu takut kehabisan stok
Ebook adalah berformat digital. Anda tidak perlu takut keadaan kehabisan stok. Sekiranya anda menjual produk, dan produk tersebut kehabisan stok, sudah pasti perniagaan anda juga akan terganggu. Menjual informasi dalam format ebook, tidak akan ada kehabisan stok- maka, perniagaan boleh dijalankan tanpa sebarang gangguan stok sampai bila-bila.

Tiada pesaing yang tepat
Sekiranya anda mencipta produk informasi, produk itu adalah ciptaan milik anda dan tidak mempunyai pesaing. Anda menjual produk informasi yang unik tanpa pesaing. Sekiranya anda menjual produk seperti handphone, ipod, buku atau sebagainya yang sedia ada di pasaran, pastinya, produk-produk tersebut mempunyai pesaing usahawan yang lain. Orang lain pun boleh jual juga produk fizikal yang sedia ada!

Menarik minat kumpulan pengguna
Sekiranya anda menjual informasi mengenai bercucuk tanam, peminat cucuk tanam akan membeli daripada anda sebagai koleksi simpanan maklumat cucuk tanam mereka. Bukan bermaksud, sekiranya mereka sudah memiliki buku cucuk tanam penulis lain, mereka tidak akan membeli buku cucuk tanam sudah. Produk informasi (ebook atau buku) adalah complementary product.

Walaupun topik atau subjek yang sama, kumpulan pengguna akan masih membeli. Contoh, adakah seseorang itu memiliki buku Robert Kiyosaki “Rich Dad Poor Dad” sahaja, atau mereka masih lagi membeli buku-buku kewangan lain termasuk daripada Azizi Ali, Donald Trump, Chef Li dan sebagainya?

Terlalu banyak topik ebook yang belum ditulis- terutamanya pasaran Malaysia!
Masih terlalu banyak ruang untuk ebook di Internet, terutamanya untuk pasaran Malaysia. Ebook mengenai cara bermain golf belum ada, ebook mengenai cara main sepak takraw belum ada, ebook mengenai mempertahankan diri dengan silat belum ada, ebook mengenai bagaimana wanita boleh belajar skill-skill asas mempertahankan diri pun tiada lagi. Ebook mengenai mencantikkan rumah mengikut citarasa Malaysia pun belum ada. Ebook mengajar graduan bagaimana hendak menghadapi temuduga kerja pun tiada di pasaran… dan senarainya berterusan!

Terlalu banyak ebook (berbahasa Malaysia) yang masih belum ditulis. Dan sekiranya anda pertama di fikiran, anda akan jadi pioneer dan ramai akan ingat perniagaan informasi anda!

Boleh menjalankan perniagaan di mana sahaja
Menjalankan perniagaan menjual produk, anda tidak boleh menjalankannya di mana sahaja (melainkan mempunyai pekerja untuk uruskan penghantaran). Tetapi, menjual informasi dalam format ebook, anda boleh menjalankan perniagaan dari mana sahaja.

Dengan membawa laptop, balik kampung raya atau bercuti di luar negara, perniagaan boleh terus dijalankan pada bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja kerana stok anda adalah file digital.

100% anda kawalkan
Tiada perlu bergantung pada sesiapa, kerana perniagaan 100% milik anda. Sekiranya menjual produk, kita perlu bergantung pada pengeluar, pemborong, penghantaran, dan sebagainya. Pada bila-bila masa sahaja, boleh berlaku kesilapan dan menganggu perniagaan. Menjual informasi berformat ebook, 100% di dalam kawalan anda.

Residual income/passive income (pendapatan berterusan)
Residual income yang bermaksud buat kerja sekali, pendapatan datang berkali-kali. Apabila kita menulis satu ebook, mungkin mengambil masa 1 bulan, tetapi, kita boleh menjana pendapatan darinya untuk bertahun-tahun akan datang!

Terlalu banyak idea = Multiple source of income (aliran pendapatan berganda)
Terlalu banyak idea-idea ebook boleh ditulis. Ini bererti, simpanan produk kita untuk masa hadapan sudah sedia ada. Tinggal tunggu masa untuk menciptakan sahaja. Ini juga memberi multiple source of income!


Di Workshop *mini* Terhangat di Pasaran, anda akan pelajari kaedah ...
  • Bagaimana hendak menjana idea menciptakan produk informasi
  • Bagaimana hendak menjadikan minat/industri kita sendiri sebagai produk informasi
  • Bagaimana hendak mencipta produk informasi yang sedia mempunyai permintaan tinggi
  • Bagaimana hendak melakukan research di Internet dan ketahui apa sebenarnya produk informasi yang terhangat di pasaran!
  • Bagaimanakah teknik menulis sebuah produk informasi? (Ianya berbeza dari menulis buku biasa!)
  • Cara menghasilkan produk informasi, walaupun anda tidak pandai menulis! (dan jawapannya bukan mendapatkan orang untuk menulis untuk anda- cara percuma pun ada!)
  • Strategi menghasilkan produk informasi dengan pantas- siapkan 2-3 produk serentak!
  • Bagaimana hendak menarik orang membeli produk informasi kita dan bukan produk orang lain (yang mungkin berharga lagi rendah dari produk kita)
  • Bagaimana hendak menyediakan produk informasi supaya orang tak boleh pirate/cetak rompak/ciplak?
  • Apa perlu anda buat sekiranya produk informasi (ebook) anda diciplak?
  • Bagaimana hendak menjual produk informasi (ebook) di Internet?
  • Bagaimana teknik menjual produk informasi, walaupun di Internet, ada banyak informasi percuma
  • Bagaimana cara meletakkan harga ebook anda untuk memastikan keuntungan terbaik
  • Bagaimana caranya meningkatkan kredibiliti anda sebagai pakar dan penulis ebook supaya orang percayakan anda dan membeli ebook anda!
  • Pelajari strategi terbaik dalam mempromosikan ebook anda- strategi B-L-A-S-T!
  • ... dan banyak lagi!

Harga: RM390

PEMBERIAN PERCUMA (bernilai RM120):

PERCUMA #1: Software eWriter Pro (Bernilai RM50)

Software mudah untuk mencipta ebook Terhangat di Pasaran anda! eWriter Pro mempunyai pelbagai fungsi dalam memudahkan kerja dalam menyiapkan ebook pertama anda! Selepas workshop Terhangat di Pasaran, anda boleh terus mencipta ebook anda!

PERCUMA #2: Diskaun RM70 Workshop Jutawan Internet

Anda akan menerima kupon diskaun RM70 sekiranya anda ingin menghadiri Workshop Jutawan Internet. Workshop Perniagaan Internet #1 PALING LARIS di Malaysia yang TERBUKTI menghasilkan PALING RAMAI Usahawan Internet Malaysia yang berjaya!

 




J.W. Marriott, KL
Sabtu 31hb Januari 2009
9.00am - 1.00pm


Tempat adalah terhad-
hanya 14 12 tempat tinggal sahaja!

DAFTAR SEKARANG SUPAYA ANDA
TIDAK TERLEPAS DARI MENYERTAI!


5 cara bayaran pendaftaran:


1. Daftar online menggunakan kad kredit RM390 ..Visa..MC
>>> Klik di sini untuk membuat bayaran online

2. Bank-in tunai RM390 ke akaun bank kami dan fax kepada kami bank-in slip
>>> Klik di sini untuk membuat bayaran bank-in

3. Pebayaran RM390 melalui online banking (Maybank2u, CIMB Click, dll.)
>>> Klik di sini untuk membuat bayaran melalui online banking


4. Hantar cek RM390 melalui pos
>>> Klik di sini untuk membuat bayaran melalui cek

5. Hantar wang pos / kiriman wang RM390 melalui pejabat pos
>>> Klik di sini untuk membuat bayaran wang pos / kiriman wang



HakCipta terpelihara © 2008 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. TERMS & CONDITIONS PERNIAGAAN INTERNET