Kosmo
8 December 2005 Usahawan
Internet Dieksploit PETALING JAYA, Dec 8- Usahawan internet ,
Irfan Khairi , 28 , menafikan penglibatannya dalam skim pyramid melalui khidmat
pesanan ringkas [SMS] yang kini semakin tersebar luas . Beliau mendakwa
, SMS yang menyalahgunakan namanya itu dilakukan oleh syarikat atau individu tertentu
untuk mengaut keuntungan melalui kredit pengguna telefon bimbit prabayar .
'Saya sudah melapurkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan peguam asya akan
mendakwa mana-mana pihak yang terbabit . 'Mereka mungkin tidak tahu negara
kita telah mengubal undang-undang siber dan sesiapa yang didapati bersalah memburukkan
orang lain melalui internet atau SMS akan dihadapkan ke mahkamah ,' Katanya pada
sidang akhbar di sini semalam . Kandungan SMS itu menyebut , Program Perkongsian
oleh Irfan Khairi , jutawan internet Malaysia dengan modal RM6.20 sahaja mereka
akan dapat 50 sen dengan setiap pendaftaran penerima SMS lain . Mereka
boleh SMS kepada seberapa ramai yang mereka suka dengan hanya taip e-Book kepada
nombor 32300 . Irfan berkata , penyebaran SMS itu menjejaskan kredibilitinya
sebagai penceramah motivasi dan penulis buku . 'Saya terkejut apabila menerima
SMS tersebut yang dihantar oleh salah seorang pembaca buku saya , dia ingin meminta
kepastian sama ada SMSitu dihantar oleh pihak kami . 'Selepas itu saya
membuat lapuran polis . Diharap mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka
pengadilan ,' tegasnya
|