Utusan
Malaysia 8 December 2005 Jutawan
nafi terlibat skim pyramid SMS KUALA LUMPUR 6 Dis .- Jutawan
internet , Irfan Khairi mengingatkan orang ramai agar tidak mudah diperdayakan
melalui skim pyramid menerusi Khidmat pesanan ringkas [SMS] dan internet yang
mengaitkan namanya . Irfan , 28 , yang yang dikatakan salah seorang jutawan
termuda di Malaysia menafikan penglibatannya dalam sebarang skim pyramid SMS atau
internet . Beliau menyatakan rasa kecewa dan rasa kesal dengan tindakan
pihak tidak bertanggung-jawab yang menggunakan namanya untuk mengaut keuntungan
dengan cara mudah dengan menipu . 'Saya berharap orang ramai tidak akan
terjerumus dalam skim-skim yang dikaitkan dengan nama saya dan ini bukan cara
untuk mencari kekayaan ,' Katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari
ini . Kandungan SMS itu yang disebarkan secara meluas menyebut ;
'Program sharing SMS oleh Irfan Khairi , jutawan internet Malaysia . Modal RM6.20
sekali sahaja , dapat 50 sen seorang . 'Daftar hingga tiga peringkat .
Pengguna prepaid mesti mempunyaai kredit RM7 untuk mendaftar . Lepas dapat ID
, hantar SMS macam ini kepada kawan seberapa ramai . Taip EBOOK REG 40483 dan
hantar Ke 32300 .' Irfan memandang serius perkara itu berkata , tindakan
salah laku itu akan memudaratkan lagi industri telekomunikasi di Malaysia yang
masih berada di peringkat awal . 'Tindakan itu hanya mencemarkan kewibawaan
teknologi maklumat dan komunikasi [ICT] dan menimbulkan kecurigaan di kalangan
pihak-pihak yang benar-benar mahu menggunakannya untuk tujuan baik . 'Orang
ramai tidak menyedari bahawa penyebaran fitnah melalui internet kini boleh dikesan
dengan begitu mudah ,' katanya . Menurut Irfan , beliau membuat lapuran
polis di Balai Polis Seremban pada 23 November lalu sejurus menyedari beliau dikaitkan
dengan SMS terbabit .
|