| |||||||||||||||||||||||||||
nur Sekali
imbas,dia hanya seorang anak muda biasa. Tetapi selepas mengenalinya dalam tempoh
yang relatif singkat,saya tahu yang membezakan dia daripada orang lain,adalah
kesunguhan dan usaha kerasnya. Sebenarnya
jika kita melihat ada seseorang yang hebat,kehebatan yang diperoleh individu itu
bukanlah dengan jalan mudah atau sekelip mata. Noor
Irfan Khairi Noor Azmi,28,dia sememangnya seorang yang bercita-cita tinggi.Sejak
usia 19 tahun,ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara [UiTM] sebelum berangkat
ke United Kingdom,dia memesang niat dalam hati mahu menjadi seorang jutawan. 'Sekadar
pasang niat ketika itu .Tapi ketika itu,saya belum nampak apa cara terbaik.Cuma
bagi saya,kalau mahu sesuatu,mesti ada matlamat.Itu rahsia kejayaan kerana tanpa
matlamat,kita tak tahu ke mana kita'Katanya dalam pertemuan dengan NUR di banglo
kediamannya di Seremban 2,baru-baru ini. Selepas
tamat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design di Staffordshire University,United
Kingdom,Irfan Khairi menerima tawaran bekerja di Net Media [UK] Ltd,sebuah syarikat
teknologi maklumat terbesar di Brimingham.Pada tahun kedua bekerja di syarikat
berkenaan,dia memulakan perniagaan internet yang beroperasi dari kediaman secara
sambilan. Dalam tempoh setahun,selepas beroleh pendapatan lebih lumayan,Irfan Khairi mengambil keputusan berhenti kerja dan memberi tumpuan penuh pada perniagaannya.Selepas tiga tahun perniagaan internetnya beroperasi,dalam usia 25 tahun,anak muda ini beroleh untung bersih RM1 juta dan pendapatan itu melayakkannya bergelar jutawan seperti yang dicita-citakan. TIADA TEKNIK TERBARU
Nampak mudah bukan?Duduk di rumah sekadar mengadap laptop dan internet,tetapi
beroleh pendapatan begitu lumayan Idea
perniagaan internet diperoleh Irfan Khairi daripada latar belakang dan minatnya
dalam bidang multimedia.Perniagaan internetnya meliputi perkhidmatan reka bentuk
laman web,e-book,grafik,di samping menjual produk seperti peta Malaysia dan mengambil
tempahan secara dalam talian.Sementara pelanggannya pula dari seluruh dunia termasuk
Amerika Syarikat,UK,Eropah sehingga Timur Tengah. 'Dalam
perniagaan ini,kita perlu belajar cara betul di samping usaha keras.Kalau kerja
keras tetapi caranya salah,tentu tak capai sasaran.Begitu juga kalau teknik betul
tetapi tidak usaha kerja keras,tak berjaya juga,' tegasnya. Kata
Irfan Khairi,dia tidak mencipta kaedah atau teknik baru dalam menjalankan perniagaan
internet.Sebaliknya dia mengkaji kejayaan yang dicapai oleh orang lain yang berjaya
dalam bidang ini dan menggunakan teknik yang sama seperti mereka. 'Sebenarnya
sewaktu belajar dahulu,saya pernah cuba-cuba jalankan perniagaan internet.Walaupun
cuba-cuba,tapi saya buat secara serius.Malangnya tak berhasil.Saya gagal ketika
itu.Dari situ saya kaji kegagalan dan perbaiki apa yang kurang,'Katanya. Memulakan
perniagaan dan tinggal di United Kingdom,Irfan Khairi mengambil keputusan untuk
balik menetap di tanah air tahun lalu.Katanya dia letih berulang alik antara UK
Malaysia dan menampung kos hidup yang tinggi.Lagipun katanya,sudah sampai masa,dia
dan isteri,Shazrina Mohd Yusuf,28,dan dua anak kecil mereka,Ilham Abadi,3 tahun
dan Kasih kamalia Abadi,setahun,kembali menetap di Malaysia. 'Lagipun perniagaan internet boleh di jalankan di mana-mana.Balik ke sini saya sambung semua usaha yang saya mulakan di UK dahulu,'Kata pasangan ini yang baru sebulan menetap di rumah impian yang menjadi kediaman baru mereka di kawasan perumahan mewah itu. ISTERI JADI PEMBANTU PERIBADI
Anak ke dua daripada tiga beradik yang dibesarkan di ibu kota ini berkata,walaupun
berkerja dari rumah tetapi dia berusaha mendisplinkan waktu kerja seperti orang
bekerja pejabat[malah mungkin lebih daripada itu].Sejak dahulu katanya,dia mengurangkan
waktu menonton televisyen[terhad sejam seminggu untuk rancangan tertentu]dan tidak
keluar jika tiada urusan mendesak.Malah ketika diberikan skala antara satu hingga
sepuluh,kata Irfan Khairi,tahap disiplinnya berada di tangga sembilan! 'Saya
tak pernah merunggut mengenaai hal itu.Saya tak kesah kalau tak dapat tengok televisyen
atau tak keluar macam orang lain.Itu bukan tekanan bagi saya sebab saya memang
suka apa yang saya buat,'tegasnya. Katanya,Shazrina
orang paling akrab dengannya dan ibarat setiausaha serta pembantu peribadinya.Isterinya
itulah yang menjawab panggilan telefon,mengatur jadual jika ada temujanji dan
menguruskan kerja-kerja 'pejabat' yang tidak dilakukannya.Malah Irfan Khairi ketawa
panjang ketika diusik orang yang suka internet dianggap manusia pelik dan boleh
bertahan tidak makan dan minum kerana melayari internet. 'Saya
tidak ketagih internet,saya manusia normal,Saya juga peruntukkan masa untuk bawa
keluarga keluar berjalan-jalan.Sebab kami bekerja di rumah,jadi kami boleh keluar
pada hari bekerja.Kalau nak ke KLCC umpamanya, tidaklah kami bersesak-sesak dengan
orang lain,'ujarnya yang mendirikan rumahtangga empat tahun lalu selepas berkenalan
dengan SHAZRINA DI Brimingham. Wanita
kelahiran ibu kota dan graduan perhotelan ini pula,ketika ditanya tidakkah jemu
24 jam mengadap muka suami,sekadar ketawa dan menjawab,'Suami sibuk dengan kerja
dia,saya layan anak-anak.Kalau dia bekerja,saya memang tak benarkan anak-anak
ganggu.'Sedang hamil anak ketiga,bakal menimang cahaya mata ketiga hujung tahun
ini. Bagi Irfan Khairi, bergelar jutawan bukan bermakna mengejar kemewahan dan materialestik.Sebaliknya tahap jutawan dijadikan sebagai kayu ukur untuk menilai usaha kerasnya ketika bekerja.Dengan kata lain, lebih banyak pendapatan diperolehi,bermakna lebih banyak usaha yang dicurahkannya ketika bekerja. UBAH PARADIGMA MASYARAKAT
Mengulas memgenaai pandangan warga Malaysia mangenaai perniagaan internet,Irfan
Khairi mengakui masih ada kekurangannya.Di luar negara katanya, tiada siapa yang
mempertikaikan aspek keselamatan atau sampai atau tidak sesuatu produk yang ditempah
secara dalam talian. 'Tapi
di sini, apabila saya bercerita,soalan lazim yang ditanya,'Boleh percaya ke?Saya
nampak inilah mentality kebanyakan orang Asia.Bagaimanapun dengan perkembangan
internet dan teknologi yang diperkenelken kerajaan,saya yakin oreng semakin yakin,'jelasnya. Begitu
juga katanya,internet selalu dikaitkan sebagai medium yang negatif,penuh bahan
lucah dan penipuan secara maya.Malah jarang-jarang sekali kejayaan orang islam
dalam perniagaan internet diperkatakan.Justeru berharap usahanya dapatmembuka
mata orang ramai, bahawa orang melayu[islam] juga boleh berjaya melalui medium
internet dan seterusnya mengubah paradigma masyarakat. Mahu
kongsi idea dan memberi motivasi kepada orang melayu lain,Irfan Khairi bercadang
mengadakan bengkea untuk mengajar cara betul dalam perniagaan internet. Satu
kepuasan baginya untuk mendidik dan mengajar orang ramai.Malah usahanya telah
dicurahkan melalui bukunya 'Rahsia Jutawan-jutawan Terbongkar' yang menjelaskan
secara terperinci kaedah memulakan perniagaan internet.Malah dia berharap,ini
sekurang-kurangnya dapat memberi idea terutamanya kepada graduan menganggur supaya
menggunakan medium ini untuk berkerja. 'Bagi saya, kejayaan milik semua, tak kira muda atau tua.Apa yang saya capai ini,jika di bandingkan dengan pencapaian kawan-kawan saya di luar negara, memang jauh lebih rendah.Tapi di sini, perniagaan internet adalah sesuatu yang jarang anak melayu lakukan.Yang penting, jangan takut mencuba,'ujarnya. |