MASKULIN Irfan
Khairi: Jutawan Siber 
Pasti
ramai yang meraguinya.Apa tidaknya,kerana bisnes yang dimulakan oleh pemuda ini
berputik di luar Negara,United Kingdom sebaik tamat pengajian.Tambah lagi,bisnes
yang dijalankan tidak nampak dek mata kasar dan tidak glamour berbanding bisnes-bisnes
lain.Seiring dengan gaya penampilannya yang begitu ringkas,sekali gus menyukarkan
ramalan kejayaan yang telah dikecapi. Bisnes
yang dijalankan secara siber oleh Irfan Khairi tidak mengikat dirinya untuk berada
di sesebuah tempat.Justeru membolehkan dirinya kembali ke tanah kelahiran setelah
beberapa tahun bertapa di bumi Ratu Elizabeth. Irfan
Khairi bukanlah jenis manusia yang kedekut dengan ilmu,malah mula mengatu perancangan
untuk mengadakan sesi bengkel motivasi dan ceramah sebagai langkah awal dirinya
berkongsi dengan khayalak,terutama golongan muda negara ini mengenai pengalaman
yang telah meletak tapak sekukuh dirinya sekarang. Menyedari
buku antara medium yang popular dalam menyampaikan maklumat,Irfan Khairi yang
dilahirkan pada bulan Disember 1976,turut berusaha menerbitkan buku-buku berunsurkan
motivasi.Karya sulungnya,"Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar"
telah pun siap dibukukan.Ikuti temu bual MASKULIN dengan pemuda yang bercita-cita
menjadi ikon bisnes siber ini. Maskulin: Apakah
perasaan anda setelah bergelar jutawan di usia muda dengan usaha titik peluh sendiri?
Irfan
Khairi: Secara peribadi agak gembira, kerana hasrat saya
untuk mencapai pendapatan lebih RM1 juta telah tercapai.Tapi saya masih tidak
merasakan diri ini seorang jutawan memandangkan perjalanan saya masih jauh.Cuma
apa yang saya banggakan secara peribadi,apabila sasaran atau matlamat yang saya
letak sewaktu berusia 19 tahun berjaya, untuk menjadi jutawan.Sekarang saya sedang
berusaha untuk mencapai matlamat yang seterusnya. Maskulin: Bagaimana
anda terlintas untuk menceburi perniagaan secara siber atau internet ini?
Irfan
Khairi: Sewaktu belajar di United Kingdom, perniagaan melalui
internet adalah satu perkara biasa dan rata-rata masyarakat Eropah dan Barat mengaplikasikan
perkhidmatan ini.Bila habis belajar, saya dapat tawaran kerja dengan salah sebuah
firma multimedia di sana.Menyedari ramai kawan-kawan saya melakukan bisnes ini,
saya cubalah.Waktu tu secara part-time saja.Selepas enam bulan, saya dapati pendapatan
bisnes part-time saya jauh lebih tinggi dari pendapatan full-time.Jadi saya buat
keputusan untuk menumpu sepenuh perhatian kepada perniagaan internet.Secara langsung,
saya terpengaruh dengan persekitaran, ramai kawan-kawan saya telah berjaya melalui
kaedah ini.Bisnes ini tiada sempadan, ia fleksibel, kos permulaa yang rendah dan
boleh beroperasi di mana-mana saja. Maskulin: Apa
yang anda niagakan?
Irfan Khairi: Macam-macam,
dari seringkas penjualan peta,penempahan hotel,mereka cipta E-buku,mereka cipta
laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), perunding
Multimedia,E-Niaga,kaedah pembelajaran dan sebagainya.Saya juga memasukkan buku-buku
sebagai antara produk yang diniagakan termasuk buku yang ditulis oleh saya,"Rahsia
Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar". Maskulin: Boleh
terangkan bagaimana bisnes anda beroperasi?
Irfan
Khairi: Saya mempunyai beberapa laman web, contohnya laman
web yang mempromosikan peta Malaysia.Jika ada pembeli, mereka akan membuat pembayaran
melalui kad kredit dan bayaran tersebut akan masuk ke akaun saya melalui perkhidmatan
merchant account.Kemudian saya akan hantar peta tersebut dengan menggunakan perkhidmatan
courier kepada pembeli. Maskulin: Apa
kelebihan bisnes melalui internet?
Irfan
Khairi: Sebagaimana yang dijelaskan tadi,ia begitu fleksibel,dari
segi harga, lokasi pengoperasian dan jumlah pelanggan yang tidak terbatas kerana
perkhidmatan internet tanpa batasan.Sebagai contoh,saya meletakkan harga tertentu
pada sesebuah produk,sekiranya ia gagal menarik ramai pelanggan, saya boleh menurunkan
harganya.Ia berbeza dengan pemasaran yang menggunakan kaedah cetakan. Maskulin: Bagaimana
dengan modal?
Irfan Khairi: Bisnes
ini tak perlukan modal yang besar.Mungkin secara kasar, kita lihat ia memerlukan
sebuah computer, talian internet dan sebagainya.Asasnya, kena laburkan untuk computer,talian
internet dan beberapa kos lain. Maskulin: Apa
rahsia utama kejayaan anda?
Irfan
Khairi: Rasanya tak ada apa-apa rahsia, Cuma saya suka mengikuti
jejak langkah mereka yang telah berjaya dalam bidang ini.Kaji bagaimana mereka
boleh berjaya dan cuba aplikasi ke atas diri sendiri.Selain itu, perlu disiplin
yang tinggi dan buatlah sesuatu untuk capai matlamat yang disasarkan. Maskulin: Pada
pendapat anda, adakah bisnes secara internet mampu diaplikasikan di negara ini
memandangkan kadar celik dan penggunaan IT yang masih rendah?
Irfan
Khairi: Saya rasa boleh, tapi saya tidak terikat kepada pasaran
tempatan memandangkan bisnes internet boleh diakses dari serata pelosok dunia
tanpa sempadan.Mungkin yang menjadi permasalahan ialah tahap keyakinan masyarakat
kita untuk berurusan melaui internet. Maskulin: Adakah
seseorang mampu berjaya dalam bisnes ini tanpa latar belakang IT (teknologi maklumat
) dan dalam tempoh yang singkat?
Irfan
Khairi: Saya bukan graduan dalam bidang IT tetapi dalam bidang
multimedia.Jika saya boleh berjaya, kenapa orang lain tidak boleh.Usaha dan kreativiti
memainkan peranan utama.Jika kita menyedari factor utama yang boleh membantu kita
berjaya, kenapa tidak mengaplikasikannya? Jika melakukan dengan penuh tumpuan
dan ketekunan, tidak mustahil boleh berjaya dalam masa yang singkat.Pengalaman
saya membuktikan segala-galanya. Maskulin: Pernahkah
anda menghadiri sesi bengkel ceramah atau motivasi sebelum ini sebagaimana perancangan
yang bakal anda lakukan untuk mengadakan siri ceramah dan motivasi?
Irfan
Khairi: Saya tidak suka berkongsi sesuatu jika tidak tahu
sejauh mana kebenaran atau terbukti ia adalah baik.Saya banyak menghadiri sesi
ceramah dan motivasi sebelum ini,tapi saya pilih siapa yang mengendalikannya.Kalau
penceramah itu terbukti kejayaannya,baru saya ikuti.Namun secara peribadi, saya
banyak membaca buku motivasi.Sewaktu belajar, saya terpaksa bekerja sebagai cleaner
untuk dapatkan wang beli buku-buku motivasi. Maskulin: Sejauh
mana anda rasakan sesi bengkel motivasi atau ceramah mampu menjadi inspirasi seseorang
untuk berjaya?
Irfan Khairi:
Setelah melaluinya dan mendapati ia banyak mendorong untuk mencapai matlamat,
saya merasakan ia perlu dikongsi bersama terutama kepada masyarakat kita. Pengalaman
yang telah saya lalui ini membuktikan faktor motivasi amat penting terutamanya
bila berhadapan dengan masalah. Maskulin: Tidakkah
anda merasakan melalui perkongsian 'rahsia' ini akan menghadkan pasaran bisnes
anda?
Irfan Khairi: Tidak,
dalam dunia bisnes, mesti ada persaingan dan saya menganggap persaingan ini sesuatu
yang positif. Selain berkongsi pengalaman, sekurang-kurangnya saya dapat menceritakan
strategi perniagaan yang tidak melibatkan kos yang besar dan mampu diusahakan
oleh semua orang. Maskulin: Azizi
Ali (penulis buku motivasi terkenal) ada mengatakan anda 'walks the talks' atau
cakap serupa bikin, adakah itu antara keperibadian anda?
Irfan
Khairi: Seperti yang saya jelaskan tadi, saya suka berkongsi
perkara yang terbukti kebenarannya dan ia mungkin secara semula jadi lahir dalam
diri saya. Kalau saya mengakuinya, mungkin ramai akan mengatakan saya syok sendiri.
Saya agak mengenali Azizi Ali dan dia adalah antara klien saya. Dia memberi penilaian
sebegini mungkin kerana sikap dan gaya saya sepanjang perkenalan kami. Maskulin: Pernahkah
anda berhadapan dengan masalh sepanjang terlibat dalam bisnes ini?
Irfan
Khairi: Masalah tetap ada, tapi tidaklah besar hingga membantutkan
perjalanan bisnes. Maskulin: Apa
yang anda lakukan dengan kekayaan yang dimiliki?
Irfan
Khairi: Saya banyak membuat pelaburan ke atas asset, harta
seperti rumah, tanah dan sebagainya. Saya bukan jenis manusia boros. Dan saya
selesa dengan gaya hidup ringkas. Kadang-kadang orang tidak percaya saya berstatus
jutawan dengan penampilan saya yang memang simple. Saya rasa tiada guna untuk
berpenampilan seperti warga korporat lain memandangkan saya tidak perlu berjumpa
dengan klien atau pelanggan untuk berurusniaga. Tapi pada masa depan, belum tahu
lagi. Mungkin buat masa ini tidak perlu memandangkan 'pajabat' saya hanya di rumah. Maskulin: Tidakkah
anda merasakn premis pejabat itu satu kemestian?
Irfan
Khairi: Tidak, sebelum ini pun saya beroperasi dari rumah.
Apa yang diperlukan ialah komputer, talian internet dan produk yang dipromosikan.
Maskulin: Bagaimana
anda meyakini klien tanpa pertemuan empat mata?
Irfan
Khairi: Sepanjang melibatkan diri dalam bisnes ini, saya
tidak pernah bertemu dengan klien. Penghasilan produk yang menarik akan memikat
hati klien, kalau di Eropah atau Amerika Syarikat, mereka telah biasa dengan bisnes
ini. Saya akan meyakinkan klien dan pelanggan-pelanggan dengan kecermelangan perkhidmatan
dan produk yang saya sediakan. Maskulin: Setiap
orang ada idola masing-masing, bagaimana dengan anda?
Irfan
Khairi: Idola saya, Cory Rudl dan Ken Evoy. Mereka adalah
antara individu terawal yang telah berjaya dalam perniagaan melalui internet,
malah pendapatan mereka melebihi RM40 juta setahun. Maskulin: Apakah
matlamat jangka panjang anda?
Irfan
Khairi: Untuk menjadi ikon kepada kejayaan perniagaan berasaskan
internet di negara ini.
  Klik
di sini untuk kembali ke RahsiaInternet.com >>>
|