Konsep

"Tidak gemar membaca akhbar!"

Meskipun koleksi lebih 400 buah buku di perpustakaan rumah, Irfan mengakui bahawa beliau jarang membaca akhbar. Bliau telah mengambil keputusan untuk tidak membaca akhbar atau menonton berita sejak berusia 20 tahun. Menurutnya, akhbar atau berita lebih gemar memaparkan sesuatu yang negative berbanding perkara positif. Media massa kini lebih gemar menekankan isu-isu "gempar" untuk menarik pembaca tanpa memikirkan kesan sampingannya. "Kisah Sufiah yang digembar-gemburkan sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan saya. Kisah negative ini memang menjadi tumpuan tetapi secara tidak langsung memberi impak buruk kepada remaja. Mungkin mereka fakir mudah mendapat duit dengan melakukan maksiat, " Irfan menambah.

KAYA. . POPULAR…Mana satu pilihan kita?

Memetik tips yang diberkan oleh Noor Irfan Khairi Azmi atau lebih dikenali sebagai Irfan Khairi, "Mahu popular perlu keluar dari mainstream, ketengahkan sesuatu yang mengejutkan dan sampaikan mesej yang sama berulang kali. "
Mengambil contoh Faizal Tahir, bapa kepada tiga anak ini menyebut bahawa penerima Anugerah Industri Muzik 15(AIM) itu telah mengaplikasi tips untuk popular secara tidak langsung. Faizal Tahir dilihat telah keluar dari 'mainstream' di mana beliau muncul sebagai penyanyi rock solo di Malaysia sedang rock Malaysia(dan juga Indonesia) sering dikaitkan dengan band/berkumpulan. Selain itu, penyanyi lagu Mahakarya Cinta ini turut mengetengahkan sesuatu yang mengejutkan. Aksi stunt "Superman" Faizal Tahir pasti kan diingati sampai bila-bila. "Rock-Rock-Rock-Rock-Superman-Superman-Superman. "Beliau juga menyampaikan mesej yang sama berulang kali!.

Sewaktu ditemui, Duta Malaysian Independent Business Ownership(MIBO) ini baru pulang dari menyampaikan talk dan workshop (Workshop Jutawan Internet) di Sabah dan Brunei. Menurut Irfan, selain menjalankan perniagaan internet, beliau turut mengadakan ceramah motivasi perniagaan internet disamping motivasi membina kecemerlangan diri. Sasaran peserta adalah golongan remaja dan dewasa di mana ceramah Irfan banyak dihadiri oleh pelajar dan lepasan universiti serta golongan korporat. Jangan tak tercaya jika dikatakan bahawa ada yang sanggup melabur sehingga RM15, 000 untuk menyertai bengkel yang dianjurkan. Mereka yang terlibat terdiri daripada para jutawan yang mahu belajar membawa perniagaan yang sedia ada ke internet.

Irfan Khairi yang mencapai status jutawan internet pada usia 25 tahun ini telah berjaya merealisasikan impiannya untuk bergelar jutawan sebelum berusia 30 tahun. Perasaan gembira yang tidak dapat diungkapkan. Bukan gembira memiliki duit yang banyak tetapi atas kejayaan mencapai matlamat yang diidamkan. Segala penat lelah membuahkan hasil. Pengorbanan masa dan tenaga tidak sia-sia. Irfan Khairi bukanlah jutawan segera yang menjadi kaya sekelip masa.

Berpendapat bahawa wang yang dimiliki perlu digunakan untuk "protect" diri dan bukan bertujuan bermegah-megah…Melihat kepada fenomena masa kini, banyak yang sanggup menghabiskan duit untuk nampak mewah dengan rumah dan kereta besar. Sayangnya, kelak berdepan dengan hutang yang bertimbun. Bagi Irfan kesederhanaan itu penting. Tidak perlu membeli rumah dan kereta berjuta-juta. Perlu ada "backup" dan berpada-pada dalam kehidupan. Tidak salah mendapatkan sesuatu yang lebih baik apabila sudah punya "extra money" tetapi berbelanja tanpa memikirkan hari mendatang adalah satu kesilapan.

Mengorek rahsia kejayaan Irfan, beliau menyebut bahawa keyakinan diri itu penting untuk berjaya. Takut gagal menjadi penyebab banyak masyarakat Melayu tidak sanggup melabur untuk memajukan diri. Apabila disemak kembali, ia berpunca daripada kurangnya keyakinan diri. Terasa berada di belakang bangsa lain menyebabkan semangat menjadi semakin luntur. Akhirnya, mereka "give up" dan "demotivated" untuk ke hadapan.

Bapa kepada Ilhan Abadi ini menambah, kayakinan diri itu berada dalam diri sendiri. Banyakkan berkata, "Kita boleh buat!". Ungkapkan berkali-kali di samping doa yang tidak putus. Dari situ, dapat memupuk dalam diri bahawa kita boleh lakukannya. Di samping itu, perlu diingat bahawa Allah dan orang sekeliling ada untuk membantu kita menggapai kejayaan. Hasilnya, daripada tidak boleh lakukan, kita pasti boleh!

Pengkagum Amy (Search) ini turut menyebut bahawa untuk berjaya, perlu ada minat dan dilakukan bersungguh-sungguh. Angan-angan Mat Jenin akan datang apabila melakukan sesuatu tanpa minat. Semangat mungkin hadir pada awalnya tetapi luntur apabila tidak mencapai matlamat. Pernah mendapat hanya tiga orang pelanggan pada tahun pertama perniagaan internetnya, Irfan tidak pernah kenal erti putus asa. Mengapa?Kerana minat yang mendalam. Melihat kelemahan dari sudut promosi dan pemfokusan, Irfan terus mengorak langkah membaiki kesilapan dengan mengatur strategi yang sepatutnya.

Mendirikan rumah-tangga dengan Shazrina Mohd Yusof pada usia 24 tahun, Irfan turut mempunyai matlamat berkongsi ilmu yang dimiliki dengan masyarakat umum melalui buku-buku dan blog tulisannya(bukan mahu jadi kaya sahaja!). Di samping itu, Tabung Derma Yayasan Ilham Budi turut ditubuhkan pada Oktober 2007 untuk membantu menjayakan aktiviti Yayasan Ilham Budi dalam pembangunan modal insan. Kagum dengan Tan Sri Syed Mokhtar, Irfan mahu menjadi seperti idolanya, "Sekiranya Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai wang sebegini, di mana beliau akan menyumbang kepada masyarakat?"

Irfan yang tamat pengajian di Universiti Staffordshire telah menerima tawaran bekerja di Netmedia (UK) Ltd (salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham) di samping bekerja sambilan sebagai tukang cuci tandas di pasar raya UK. Di sana, beliau telah diberi kepercayaan untuk membangunkan system pembelajaran internet untuk dinamakan "Learning Grid" untuk sekolah-sekolah di United Kingdom.

Agak pelik!

Mempunyai kepakaran dalam multimedia dan teknologi maklumat. Membangunkan system pembelajaran kepada lebih 5, 000 buah sekolah di negara maju tetapi tidak memberi sumbangan kepada negara sendiri. Rasa "rugi" kerana tidak mengaplikasi ilmu yang ada di sini. Lebih-lebih lagi beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara atas tajaan kerajaan Malaysia(JPA). Namun, sehingga ke hari ini masih belum ada yang "propose" Irfan Khairi untuk berbuat demikian. Maka, kini beliau lebih menumpukan perhatian terhadap perniagaan internet yang dijalankan.

Menjadikan keikhlasan itu sebagai batu asas, Irfan berpesan agar setiap kita tidak perlu hipokrit dalam kehidupan. Perlu jadi diri sendiri. Jika sudah bergelar jutawan, tidak bermakna perlu berkot atau berkereta besar tetapi jadilah diri seadanya.

Mengambil Amy(Search) sebagai idola, baginya Amy bijak menggunakan popularity yang dimiliki untuk berdakwah. Meskipun satu ketika pernah berada dalam dunia rockers, Amy tidak pernah meninggalkan kewajiban sebagai seorang hamba. Menurut Irfan, beliau pernah mendengar penyanyi yang terkenal dengan lagu Isabella ini menunaikan solat hajat sebelum mengadakan konsert. Bukankah agak mustahil jika dinilai daripada luarannya?!
Selain itu, Irfan turut menyeru agar setiap kita cuba melihat kepada kekuatan yang ada dalam diri. "Jika mahu berjaya dalam perniagaan, pastikan yang dipilih ialah business yang diminati, " kata Irfan


HakCipta terpelihara © 2010 RahsiaInternet. com & Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. TERMS & CONDITIONS PERNIAGAAN INTERNET