Berita Harian
Irfan jadi jutawan muda berniaga guna Internet
Siswazah menganggur boleh ceburi perniagaan berasaskan ICT

Memperoleh keuntungan lumayan hingga mampu bergelar jutawan pada usia muda menjadi impian setiap insan .

Jika anda mengenali pengasas laman lelongan menerusi imternet yang dikenali Ebay , Pierre Omidyar yang menjadi jutawan dalam usia belum pun mencecah 30 tahun .

Berikutan kejayaan Omidyar jugalah mendorong anak muda tempatan lulusan sarjana muda reka cipta multimedia dari universiti Staffordshire , United Kingdom , Irfan Khairi , 28 , menceburi perniagaan sendiri di internet .

Pengalaman luas sebagai pereka sistem multimedia dan perunding internet di salah sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] di Netmedia [UK] Ltd , Birmingham , Irfan memanfaatkan peluang itu dengan memulakan jaringan perniagaan di internet .

'Pada asalnya , saya menjalankan perniagaan itu secara sambilan pada 1999 dan lama-kelamaan permintaan semakin bertambah dan mengambil keputusan untuk memberi tumpuan terhadap perniagaan ini .

'Bermodalkan hanya RM500 , laptop dan akses internet , saya menubuhkan perniagaan laman web Idea Bubble'.

'Selepas tiga tahun , saya berjaya memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM1 juta tanpa pekerja dan peralatan Komputer Canggih .' Katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur , baru-baru ini .

Irfan berkata kesungguhan dan yakin terhadap potensi diri menjadi kunci kejayaan beliau yang turut disokong keluarga .

Sehingga kini , Irfan telah memberi perkhidmatan kepada lebih 3,000 pelanggan di seluruh negara .

Ditanya mengenaai perniagaan internet , Irfan berkata konsepnya lebih luas kerana memperoleh pelanggan dari seluruh negara .

'Kemudahan internet sebenarnya memberi potensi cukup luas dalam memperluaskan perniagaan dan kita boleh berniaga apa sahaja di luar sana .

'Jenis perniagaan itu pula bebas asalkan mendapat permintaan pelanggan ,Saya memilih menawarkan perkhidmatan reka bentuk laman web , grafik , e-BOOK , perunding multimedia , e-Niaga , pembelajaran dan terbaru menceburi bidang pelancongan ,' Katanya .

Katanya , perniagaan itu sesuai diceburi golongan siswazah menganggur kerana mereka mempunyaai pelbagai kepakaran dalam bidang yang boleh diniagakan menerusi internet , asalkan mereka celik IT , mempunyaai peralatan komputer dan kemudahan internet .

Irfan juga tidak lokek berkongsi kejayaan malah menulis buku bertajuk Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar kepada oreng ramai yang berminat mempelajari teknik berkesan untuk membina perniagaan internet .



Klik di sini untuk kembali ke RahsiaInternet.com >>>