Salam
sejahtera,
Sejak
beberapa bulan lepas, nama saya sering di kaitkan dengan skim online
yang berteraskan SCAM. Bertujuan untuk menipu orang ramai dalam
mengaut keuntungan. Sehingga hari ini, syarikat saya dan Azizi Ali
telah mengambil tindakan keatas 2 individu yang melanggar undang-undang
hakcipta dan harta intelek dalam kes-kes sebegini. Untuk maklumat
lanjut, sila ke http://www.rahsiainternet.com/penting.htm
Berikut
adalah 3 tips untuk menghindarkan diri anda dari terkena JERAT SCAM.
1:
SCAM atau menipu online sering bertujuan untuk mengaut keuntungan
dari mereka yang dalam keadaan terdesak. Kebanyakan SCAM berasas
kepada peluang membuat duit. Sekiranya anda berdepan dengan sebarang
peluang menjana wang di Internet, Email atau SMS, anda perlu lebih
berhati-hati oleh kerana asas SCAM adalah dalam menarik minat mereka
yang terdesak inginkan penyelesaian kepada masalah kewangan.
Fikiran
anda perlu lebih berhati-hati dan was-was apabila berdepan dengan
sebarang skim menjana pendapatan di Internet oleh kerana kebanyakan
SCAM lahirnya di situ.
2:
Kebanyakan SCAM berasas kepada 'anonymity' iaitu, pengasas SCAM
tersebut sama ada individu ataupun syarikat, inginkan maklumat mereka
disembunyikan. Mereka bagaikan menyorok di alam siber di mana
asal-usul mereka tidak diketahui.
Individu
atau syarikat tersebut tidak akan mendedahkan identiti mereka. Maklumat-maklumat
penting seperti alamat mereka, cara menghubungi, kewujudan mereka
sering dirahsiakan. Anda perlu berhati-hati, sekiranya mereka inginkan
segala urusan 100% online. Kewujudan mereka hanya 100% maya. Mungkin
ianya 100% SCAM.
3:
Akhir sekali, berhati-hati sekiranya peluang yang diberi oleh individu
atau syarikat bunyinya amat mudah (too good to be true). Memperolehi
sejumlah wang yang besar bukan suatu perkara yang mudah. SCAM
sering mewar-warkan bahawa menjana pendapatan adalah amat mudah.
Serta, skim tersebut akan menjanjikan pulangan yang tinggi (beribu-ribu
ringgit) dengan pelaburan yang rendah (mungkin RM10).
Fikiran
mereka sebelum terkena scam mungkin mengatakan "Wang yang dilaburkan
kecil... sekiranya tidak berjaya, ianya tidak apa. Sebab saya cuma
hilang RM10 sahaja". Bagi pihak individu atau syarikat yang
melakukan SCAM pula mengatakan "RM10 adalah jumlah kecil. Kalau
mereka (yang terkena) kehilangan RM10 sahaja sudah tentu mereka
tak mencari saya. 1,000 orang bayar RM10, saya sudah untung RM10,000!"
Di
dunia ini, tiada skim yang wujud di mana anda melakukan sedikit
kerja, kemudiannya pulangan berlipat kali ganda akan melimpah ruah
kepada anda. Sekiranya ini terjadi, maka, sudah tentu skim-skim
tersebut sudah diberitakan di dada akhbar, di berita TV dan media-media
yang lain oleh kerana ia dapat membantu masyarakat hidup dengan
lebih mewah.
Jangan
lupa, SCAM bertujuan untuk menarik mereka yang terdesak inginkan
wang. Tumpuan skim-skim scam adalah untuk menarik mereka yang "Inginkan
pulangan tinggi, tetapi usaha yang kurang". Mudah-mudahan anda
tidak terjerat dalam kategori ini.
SCAM
ada di merata-rata dan antaranya amat halus untuk dikesan. Antara
nasihat yang paling baik adalah untuk "tepuk dada, tanya selera"
- tanya diri anda sendiri. Sekiranya di hati anda terdetik sesuatu
skim itu mungkin SCAM, maka, anda perlu berhati-hati. Kajian menunjukkan
ramai yang terkena SCAM sebenarnya sebelum menyertai skim/sistem
tersebut sudah mempunyai rasa hati (rasa tak sedap hati), tetapi
masih terus menyertainya oleh kerana sifat "ingin tahu"
yang kuat sama ada skim tersebut adalah penyelesaian kepada masalah
kewangan mereka!
Semoga
kita lebih berhati-hati dengan JERAT SCAM,
Irfan
Khairi
http://www.rahsiainternet.com
Sekiranya
artikel ini dapat memanfaatkan anda, ianya mungkin dapat memanfaatkan
kenalan-kenalan anda juga. Forwardkan artikel ini sekiranya ia boleh
membantu.
HakCipta
terpelihara © 2010 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn
Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di
cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran
pemilik. TERMS & CONDITIONS PERNIAGAAN
INTERNET
|